Wednesday, December 8, 2010

Misi Berkarya

Assalamualaikum,

Tatkala Natrah melabuhkan tirainya, aku diiringi dengan cerita-cerita yang kurang matang lantas mengundang tawa kecil. Apa pun yang diperkata tentang koreografi aku serta tentang diri aku mahupun tempat kuliahku, sedikit pun tidak ku terima sebagai peluntur semangat tika aku miniti kemuncak pengajian ini. Menurut teori Jacque Derida, Death of the Author, yang menyentuh tentang empowerment, ataupun "penguasaan" terletak pada penonton. Interpretasi dan penilaian telah di mandatkan di pundak mereka maka aku telah "mati" dalam menggalas tanggungjawab. Namun yang membanggakan aku, setiap ulasan di akhbar mahupun di mana-mana, pastinya memuji si Uda dan Dara yang kelihatan hebat menari. Adakah kerana bakat semulajadinya ataupun wahyu? Atau kerana ketekunan Sang Penciptari mengajarnya? Bukan aku yang patut menjawabnya, tepuk dada tanya hati.


Misi seterusnya adalah meredah ranjau di denai keilmuan. Makin genting saat di hujung perjalanan. Tari dicipta belum temui penyudah. Buntu kerana desakan dari setiap penjuru yang sering menujah dugaan hingga mencabar kewibawaan dalam pengkaryaan. Aku menjadi semakin kritikan dan analitikal sehingga menyekat kreativiti.

Semoga Allah memberiku keajaiban dalam melangsai tugas tergalas ini.. Amin...