Wednesday, June 19, 2013

1114

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt,

1114. Apakah makna di sebalik nombor ini? Mungkin jam 11:14 pagi atau malam? Atau mungkin 1/1/14?
Iaitu 1 Januari 2014? Hanya Allah yang maha mengetahui.

Salam.

Thursday, January 3, 2013

Al-Fatihah buat arwah Hafiz Untong @ Bayu

Assalamualaikum wbt,

Aku bukanlah sahabat baik arwah, tetapi semenjak dia sering diperlekehkan sewaktu mengharungi PeTA Diploma 2009, aku anggap dia adalah tergolong dalam golongan TL (Tidak Layak), dalam erti kata lain bukan favourite. Maka setiap kali ada carma, aku akan panggil dia untuk menari, sehinggakan aku meletakkan kepercayaan kepadanya untuk menjadi pembantu koreografer di dalam Teater Muzikal Sirah Junjungan 2.

Sejak daripada itu "jenis" perhubungan kami adalah sebagai kawan kerjaya. Rapat kami bukanlah seperti sahabat baik yang boleh diajak karaoke, menonton wayang dan lepak sehingga subuh, tetapi keakraban kami adalah kepercayaan kami sesama sendiri terutama sekali dalam mengendalikan tugas-tugas serta tawaran kontrak kerja. Dari idea, sinopsis, kertas kerja, sebut harga, carta aliran serta akaun bagi sesebuah job besar adalah tiada rahsia antara kami kerana kepercayaan kami sesama sendiri.

Tak ringan pula mulutnya mengata serta memburukkan, namun tiada sekelumit benci atau curiga terhadap dirinya daripadaku. Ringan tulangnya membantu aku, begitu sebaliknya.

Bayu, dari dalam hati aku dengan segunung keikhlasan, selautan kejujuran aku utuskan secakerawala kasih sayang aku beserta Fatihah dan keampunan buat kau di sana. Semoga kau tenang di sana bersama mereka yang beriman. Ku halalkan segala pemberian ku dan aku mohon sebegitu juga daripada mu.

Al Fatihah