Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum wbt,

VS

Pelbagai pendapat dilontarkan mengenai filem Hikayat Merong Mahawangsa. Sekitar tahun 2008 sewaktu aku dan Fairuz asyik melepak di Red Chair Genting Klang, pernah juga kami mengutarakan kenapa penggiat filem tidak mahu buat cerita berkisar tentang hikayat dan mitos tempatan seperti Merong Mahawangsa, Malim Dewa, Malim Deman, Raja Bersiong, Gul Bakawali, dan banyak lagi. Sehingga terlintas di hati untuk menulis skrip tentang kisah sebegini. Ini semua terdorong selepas menonton banyak filem-filem barat yang memaparkan kisah-kisah epik yang agung, bukankah kita orang Asia lebih estetik dan autentik budayanya? Pasti menarik jika dipertontonkan kepada dunia tentang sejarah agung kepulauan Nusantara.

Mengenangkan aku yang sedari kecil sering didodoikan dengan kisah-kisah Rasulullah SAW oleh arwah ayah aku serta disogokkan dengan buku-buku hikayat dan dongeng Melayu oleh ibu aku, maka aku sangat dekat dengan kisah-kisah seumpama ini. Maka terlintas di hati aku, siapalah yang akan membuat filem tentang Merong Mahawangsa? Mesti menarik, kerana hikayat ini kurang popular di kalangan masyarakat kini tetapi kisahnya agung kerana menceritakan peperangan antara manusia dan burung garuda. Apatah lagi melibatkan kuasa-kuasa besar dunia pada ketika itu.

Ini adalah antara buku yang masih dalam simpanan aku yang aku baca waktu kecil dulu.

Apabila trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa keluar tatkala menonton filem Magika. Aku sangat teruja. Namun aku bukanlah orang yang pertama ke panggung pada hari pertama tayangan. Jadi ramai yang menonton, rata-ratanya kurang berpuas hati dengan cerita ini. Aku tetap berdegil dan mahu menontonnya juga. Bertemankan kawan baik @ jahat aku, Sufyan Sheehan yang berangan, kami gagahkan diri ke panggung.

Sejurus keluar selepas menonton, aku puas. Walaupun jauh di sudut hati aku agak kecewa kerana kisah ini tak sama langsung dengan versi yang aku dengar dan yang aku baca sejak kecil, namun sekurang-kurangnya ada juga usaha anak tempatan menghasilkan sebuah karya berkisar tentang hikayat Melayu lama. Jika tidak ada filem ini, mari kita banci, berapa ramai yang tahu siapa itu Merong Mahawangsa? Sepanjang bancian aku, hanya aku seorang sahaja di kalangan kawan-kawan aku yang tahu siapa itu Merong Mahawangsa. Sedih bukan? Setidak-tidaknya, ruang Google search pasti dipenuhi dengan pencarian siapa itu Merong Mahawangsa. Terima kasih KRU.

P/S Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah pun banyak versi, belum dikira kisah Mahsuri lagi. Ye tak Lex?

Sunday, March 6, 2011

Kreasi Baru vs Inspitari


Assalamualaikum wbt,

Best tak tajuk entri kali ini, mesti korang dah agak apa jenis carutan yang akan aku hamburkan kan? Dulu bukan main berbudi berskema entri aku kan? Bukannya apa, bila aku nak buat review atau ulasan tu memanglah kena ikut formatnya ala-ala format surat rasmi zaman sekolah dulu cuma kali ini aku malas nak berformat sangat sebab benda yang nak diulas lebih layak dikritik. Aduh, bisanya. Sudahlah tu. Malam Kreasi Baru. Melalui tajuk ini sahaja sudah banayk perkara bermain-main dalam kepala otak aku. Mudah saja kalau orang yang tak faham tu, buka sahaja Kamus Dewan. Apa itu kreasi? Terbitan kalimah Inggeris, Creation yang bermaksud ciptaan. Manakala perkataan baru pula menurut Kamus Dewan edisi ketiga halaman 109 bermaksud belum atau tidak ada sebelumnya, belum lama wujud, belum pernah dilaksana, belum dicuba atau diguna. Atau korang sendiri taulah apa makna baru. Jadi, Malam Kreasi Baru ini bermaksud malam ciptaan yang berlum wujud. Noktah.

Joget Gamelan Ku Sari
Norsafini Jafar

Sayangku Nyonya
Suhaib Daud

Budding Lutus
Wong Kit Yaw

Inang Renek

Zaina Alzina
Nur Masniza Abd Ghani

Pasu
Suhaimi Magi

Angin Peteri
Mohd Hazlami Harun

Inuman Kasuban A'gle
Al-Jabar Laura

Jathilan Gemblak
Mohd Nur Ekmal Yusof

Tandak Begambeh
Gloria ak Patie

Zapin Titar Branak
Mohd Seth Hamzah

Joget Cak Kun Cak
Suhaib Daud

Pada tahap ini aku tidak mahu berkata apa-apa. Semua pihak, baik pelajar mahupun pensyarah harus sedar, jika produk yang dihasilkan sangat bercanggah dengan visi Malam Kreasi Baru, paling tidak tukarlah nama persembahan kepada Malam Tarian Tradisional Kontemporari atau seumpamanya. Apa ciptaan baru yang dihasilkan? Tiada! Harap kalian terima teguran ini. Jika benarlah Inspitari anjuran JKKN beberapa bulan lalu dikatakan sangat memalukan dan rendah tahapnya, apa bezanya dengan Malam Kreasi Baru?

P/S semua tajuk karya dan nama adalah berdasarkan maklumat kertas program, jika terdapat kesilapan ejaan bukan datang daripada aku, salahkan orang yang menaip kertas program tersebut. :P

Friday, March 4, 2011

Arangetram vs PeTA

Assalamualaikum wbt,

Semalam aku dengan gigihnya keluar awal nak beli 2 jambang bunga untuk Yunus dan Baizura sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah kerana berjaya menghabiskan pengajiannya dalam Bharatanatyam walaupun bukan kehendak mereka. Ops.. Apa-apapun tahniah.

Yunus jauh lebih kecil berbanding aku yang agak garagasi. Walaubagaimanapun Yunus, kau sangat kurus semalam, kesian rasanya.

Aku agak terkelu untuk berkata, maaf Yunus, Baizura terlalu menonjol semalam.
Bai Mai Mai Bai, kau membanggakan Batch Diva. Aku sangat kagum. Tahniah.

Seperti biasa, batch Diva akan bergambar berangan yang kitorang yang buat show.

Tak cukup sekeping ya..

Aku datang ke Panggung Eksperimen tanpa sebarang pengharapan, kerana aku sudah menitiskan airmata sewaktu PeTA yang lalu selepas menonton Margam. Jadi aku tepis segalanya, aku datang sekadar sebagai penonton yang menokong kawan-kawan. Secara jujur memang persembahan Arangetram ini tidak bagus, dengan lupa gerak, dan beberapa kecelaruan posisi. Namun siapa sanggup menari selama 1 jam 52 minit tanpa henti? Maaflah aku tak mampu. Sekalipun aku mampu, aku akan fikirkannya berkali-kali. berbanding Margam beberapa bulan lalu, aku tidak terlalu terharu menyaksikan Arangetram ini, mungkin kerana berbeza situasi waktu itu. Di kala PeTA, perasaan cemas, tawakal, sedih, penat, redha, bermain-main dalam minda, maka bila menonton kawan-kawan yang gigih, sebak rasanya.

Visual kurang memuaskan, crop dari video dari kamera dari telefon.

Sebenarnya yang membanggakan aku apabila menyaksikan persembahan kali ini adalah apabila Baizura dinobatkan sebagai wanita Melayu pertama yang menamatkan pengajian dalam bidang ini. Ini sekaligus menaikkan lagi semarak ke'diva'an Batch Diva. Agak tidak profesional juga bunyinya. Bukannya apa, mengenali Baizura sejak awal, dengan badan berisi kini berotot, dengan rambut lurus, kini kerinting, dengan menari biasa-biasa, sekarang hebat. Tapi, sifat canon dan sharp nya tak berubah sejak dulu sampai sekarang. Bai jangan ingat aku lupa peristiwa kelas Mr Zhou!.


Walaubagaimanapun sekalung tahniah buat Baizura dan Yunus kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai bakal pensyarah. Biarlah bukan kehendak korang untuk menghabiskannya, namun ianya berbaloi kepada korang suatu hari nanti. Semoga korang terus berjaya dalam industri ini. Tahniah.

Tuesday, March 1, 2011

Feseni UM 2011 : Tarian Kreatif

Assalamualaikum wbt,

Aku ke UM hari ini tanpa sebarang harapan, takut-takut terkilan seperti semalam. Hari ini aku pergi dengan Abu dan Fairuz. Masuk je DTC dah mula kumpulan pertama dari kolej pertama. Aku tak mahu komen setiap satu sebaliknya keseluruhan pertandingan.

Kebanyakan kumpulan yang bertanding gemar memilih tarian Borneo, (A'ah Borneo) terutamanya Sarawak sebagai elemen untuk dieksplorsi. Tiada salahnya pun kalau itu menjadi pilihan, sebaliknya apa yang perlu ditekankan adalah matlamat atau pengisian koreografi. Aku ni bukanlah bijak sangat walaupun sudah tamat kursus Ijazah Sarjana Muda Senitari (Koreografi), namun aku lebih gemar melihar karya-karya yang pasti dan jelas dengan tujuannya. Jika tujuan yang aku tekankan makanya tidak sesuailah untuk persembahan kali ini kerana sudah terang lagi bersuluh, semua yang bertanding pastinya ingin mengecap kejayaan. Apa guna bertanding untuk kalah?

Aku juga faham kebanyakan mereka bukannya penari profesional, malahan kurang juga penari amatur. Yang pasti mereka sekadar mewakili kolej untuk bertanding , itu sahaja. Jadi aku ketepikan soal teknikal, walaupun ada orang pernah bertanya aku, tarian tradisional ada teknik ke? Aku hanya mampu melemparkan senyuman.

Jadi jika aku merupakan salah seorang daripada juri, apa yang perlu aku titik beratkan? Persembahan keseluruhan? Koreografi? Kostum? Muzik? Performativiti? Content? Atau nama kolej atau koreografer? Jika ditanya pada aku, secara peribadi aku akan lihat, sejauh mana sinopsis yang diberikan, sampai di dalam penghasilan karya tersebut.

Aku tak mahu sebut satu-persatu kumpulan yang bertanding, cukuplah sekadar memberitahu, kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan tarian-tarian borneo, anda perlu tingkatkan lagi usaha anda. Ini bukan kali pertama aku datang menyaksikan pertandingan ini, cukup-cukuplah falsafah yang tidak memberi apa-apa semiotik di dalam karya. Langkah bijak bagi sebuah kumpulan yang membawa eksplorasi gerak Zapin. Kecerdikan ini mengundang kejayaan, namun bagi aku, berjaya dan cerdik kerana lari daripada kebiasaan, namun menurut sinopsis, pengembangannya agak lemah, usahlah disentuh soal teknikal. Seharusnya koreografer mestilah berhati2 dalam memilih bentuk dan tatabahasa gerak yang hendak dikembangkan. Zapin bukan sekadar gerakan fizikal, niat serta tujuan juga amat rapat. Makanya matlamat kumpulan ini hanya sekadar mahu lari daripada biasa, agar nampak unik di mata juri. Maaf, aku kurang gemar.

Sebuah kumpulan bagi aku agak berjaya mencuri tumpuan aku adalah kolej yang mempertaruhkan tradisi mencanting batik. Secara jujur, strukturnya masih lemah, namun setiap frasa sangat jelas menceritakan isi karya tanpa diperlihatkan secara literal. Susuan gerak yang ringkas namun bermakna, busana yang tidak keterlaluan srta muzik yang agak baik. Namun tahap performativiti setiap penari agak berbeza sehinggakan projeksi kumpulan agak kurang mengancam. Mungkin juri juga tidak terperasan dengan kehadiran kumpulan ini. Walaubagaimanapun, mereka wajar mendapat tempat, namun bukan juara.

Secara keseluruhannya kelemahan yang ada dalam setiap kumpulan adalah mentafsirkan idea dan kisah menjadi sebuah karya tari. Tidak kisahlah sama ada komposisi dan tatabahasa gerak itu lemah, namun penyampaian secara keseluruhan agak lemah. Kedua adalah pemilihan lagu, berhentilah daripada menggunakan lagu yang "meletup" kalau karya sekadar suam-suam kuku. Fikirkan koreografi, kemudian, ciptalah lagu. Ketiga, jangan abaikan soal transisi, kerana ini akan menampakkan karya-karya tersebut seperti kolaj, dan yang terakhir janganlah terlalu taksub untuk menayang busana. Ini bukan pertandingan fesyen.