Sunday, September 27, 2009

Atlas


Beban...... Besar...... Berat...... Bebas......

Atlas merupakan hasil koreografi solo aku yang pertama. sebenarnya karya ini dihasilkan sebagai memenuhi kriteria menduduki peperiksaan subjek Komposisi 1 Ijazah Senitari. sebenarnya subjek ni kami ambil waktu semester 2 sebab pra syarat mengambil subjek ini adalah mesti mengambil subjek Improvisasi 1 dan 2. tapi aku dah transfer subjek ni awal. so walaupun baru sem 2 kami dah boleh ambil subjek ni.

Komposisi 1 tiada kelas langsung semester tersebut, tapi Sir Joseph (pensyarah subjek tersebut) akan buat beberapa kali perjumpaan untuk membincangkan beberapa perkara dan permasalahan sepanjang proses komposisi tersebut. terdahulu, kami dah diberi tugasan iaitu menghasilkan sebuah koreografi solo selama tidak kurang daripada 15 minit. dari satu sudut, bunyinya agak mudah namun ada juga kesukarannya sebenarnya. yelah, bayangkan bagaimana hendak bermain dengan teknik koreografi dan beberapa elemen lain melalui persembahan solo? pastinya tiada duet mahupun trio, ragam unison mahupun canon, scramble, reverse, repeatation dan alternate. cuma level, speed dan energy quality yang mungkin boleh dimainkan supaya nampak lebih dinamik. tapi bagi memenuhi durasi masa lebih 15 minit tu sebenarnya tak menjadi masalah besar. bak kata Sir pun, jalan saja dah 10 minit, fokus la konon.. hahah.. betul gak. tapi semua tu memerlukan kebijaksanaan dalam menggarap elemen koreografi agar lebih segar dan tidak membosankan, apatah lagi menonton persembahan solo. asalnya aku memang tak fikirkan apa2 langsung sejurus selepas tugasan ini diberi. biasa la aku memang suka buat kerja last minute. tapi adakalanya kepala ni tak berhenti berputar memikirkan sesuatu yang menarik. aku kalau boleh nak cuba sesuatu yang baru. maklumlah, aku baru saja selesa membuat koreografi trio, tiba2 dicabar membuat koreografi solo, mesti lebih 15 minit pulak tu.. hurm... apa pula yang aku nak sampaikan untuk kali ini?

Aku tak mulakan proses ini awal, namun semakin hari aku tercabar dengan asakan latihan Fairuz yang diadakan setiap hari jam 1 bermula seawal tugasan ini diberi. berkecamuk juga fikiran memikirkannya, namun yang melunturkan sedikit semangat aku adalah apabila aku tak nampak langsung kawan2 lain berlatih dan memulakan sesi koreografi seperti Hana (Fairuz). tapi secara jujur ini memberi ilham kepada aku untuk terus berfikir demi mencari idea yang baru. aku dapat bayangkan betapa terhadnya fikiran aku kalau aku buat komposisi solo semata2, ada baiknya aku cari satu tema atau konsep atau "sesuatu" yang boleh membimbing aku. lantaran itu aku putuskan untuk menggunakan satu prop yang mana ku boleh gunakan ia sebagai prop atau set atau sesuatu yang boleh diberi tindakan dan membalas tindakan. ini sekaligus menjadikan aku benar2 berada di atas landasan naratif aku. jadi setelah agak lama memerah minda, tercetuslah idea menggunakan exercise ball sebagai prop kerana bola ini boleh diangkat, dicampak, dilantun dan diperapakan. namun cabaran seterusnya ialah mencari tema atau konsep yang sangat relatif dengan penggunaan bola ini. lalu aku teringat kelas Anatomi dan Kinesiologi, yang mana aku pernah terdengar Dr. Dhanya Thurairajah kata nama tulang paling atas di antara deretan tulang belakang kita ialah Atlas, kerana tulang ini menampung berat kepala kita yang bulat bersempena mitos Greek yang mana Atlas adalah Tuhan yang menampung berat bumi.. Nah.. tersentak lamunan aku lantas terus menulis di atas sebuah kertas, apa yang berlegar dalam fikiran aku tadi. apa lagi, akupun mula mengGoogle kat internet segala maklumat yang boleh aku perolehi berkaitan Atlas. banyak juga maklumat yang dapat dikumpul daripada proses pencarian itu. lantas aku membuat kesimpulan dan mengeluarkan beberapa kata adjektif daripada kisah tersebut. antaranya yang terdapat dalam sinopsisnya. kemudian aku bahagikan ia kepada beberapa seksyen. seksyen pertama, bola memberi beban kepada penari, seksyen kedua bola diberi beban, seksyen ketiga menari dalam ruang luar bulatan tanpa memberi sentuhan dan yang terakhir gunakan sifat bola iaitu memberi tekanan dan melantunkannya. setiap seksyen tersebut aku tambahkan emosi serta perkaitan dengan kisah mitos Atlas. namun proses ini bukan mudah, apatah lagi aku menggunakan Yunus Aliallah sebagai penari aku. dia sendiri rasa tertekan setiap kali latihan aku, bukan sebab aku memberi tekanan, sebaliknya sifat bola itu yang mudah bergerak sendiri kerana lantai yang tidak rata antara penyebab tertekannya sang penari.. hahaha.. namun tekanan inilah yang menjadi emosi sebenar yang patutnya dipertonjolkan... namun pemilihan Yus sebagai penari aku adalah disebabkan kefleksibelitiannya kerana aku banyak menggunakan elemen tersebut dalam karya ini, namun dia bukan seperti apa yang aku mahukan sangat, kerana dari segi pengaliran cara gerak aku bukanlah kebiasaan bagi badannya, mungkin kerana tempoh latihan yang tidak cukup menyebabkan dia kelihatan sedikit kurang, namun sebenarnya dia adalah pilihan terbaik daripada yang ada, dan kerana dia jugalah aku dapat memudahkan kehendak dan proses pengkaryaan aku ini.. thanks Yunus@Atlas... ada je urusan ko kan???

Thursday, September 24, 2009

Salasata


3 calon, 3 parti, 3 matlamat, 3 misi, 1 kerusi, 3 untuk 1, 1 untuk 3, 3 kepada 1 bererti bersatu..


Salasata ialah sebuah kata terbitan daripada kalimah Arab iaitu salasatun yang bermaksud "tiga". dengan sengajanya aku telah mengubah bunyinya kepada salasata agar lebih sedap di dengar dan tiada bau2 Arab. karya ini sebenarnya dicipta semata2 untuk persembahan Step Up pada 19 dan 20 April 2008. pada mulanya jenuh juga aku nak fikirkan idea apa yang nak dilakukan dan dipentaskan. tapi terkesan daripada proses dalam menghasilkan karya Wal-A'shr, aku terasa seksyen trio dalam piece itu agak menarik, malah prosesnya juga menyeronokkan. jadi terpanggil juga nak buat karya trio sahaja. tapi....

Aku mesti fikirkan kenapa aku nak buat trio, jadi aku kena cari apa2 elemen yang berkaitan dengan "tiga" yang boleh aku terapkan dalam karya kali ni. sebab cara aku, aku lebih suka mencari tema dan cerita sebelum menghasilkan karya. sebab aku bukannya seorang koreografer pure dance. ini lebih memudahkan kerja aku berkarya kerana aku mempunyai garis panduan yang boleh memimpin aku untuk melalui proses komposisi. yang penting aku perlukan tema dan penceritaan yang kuat, agar apa yang aku nak sampaikan lebih efektif. nyatanya isu semasa lebih mengujakan aku untuk diketengahkan. fikir punya fikir, tak terlintas apa2 pun. suatu hari...

Sedang aku khusyuk membaca akhbar, semuanya gamat diperhebahkan isu pemilikan kerusi menteri besar Perak selepas parti pembangkang mendominasi kerusi parlimen di Perak. sebenarnya aku ni bukanlah seorang yang taksub terhadap politik, namun aku juga seorang rakyat yang bertanggungjawab, yang mana aku juga keluar untuk membuang undi (undi anda adalah rahsia). jadi seronok juga tatkala pilihanraya, kita dok mengadap TV dan membaca akhbar untuk mengetahui keputusan pilihanraya yang telah dikemaskini. apatah lagi kita tak sabar menunggu keputusan kawasan parlimen yang kita keluar membuang undi, sekaligus menjadikan kita seronok melihat keputusan kawasan lain dengan tidak semena2, kita seolah2 menjadi penyokong setia parti yang kita undi... hahahah... pelik.. tapi mengujakan...

Tapi, isu kemenangan parti pembangkang di Perak sangat menarik perhatian umum. aku juga sangat tidak sabar menantikan kaedah pemerintahan 3 parti di sebuah negeri, dengan kemenangan 6 kerusi oleh MCA, 3 kerusi oleh Parti KeADILan dan 2 kerusi PAS telah menyingkirkan pimpinan Barisan Nasional. yang menjadi tanda tanya adalah, siapakah yang bakal menduduki kerusi Menteri Besar Perak???? jeng jeng jeng.... takut tak....???? haaaa??? takut.... hahahahaha..... saat inilah yang amat menyeronokkan, ramai yang telah membuat spekulasi sendiri, termasuk juga aku. nyatanya jika dilihat, majoriti kerusi telah disumbangkan melalui kemenangan MCA, pastinya wakil daripada MCA yang lebih layak, tak gitu??.. tetapi tidak.... termaktub di dalam perlembagaan negeri Perak, orang yang akan menjadi Menteri Besar Perak hendaklah orang MELAYU dan beragama ISLAM.... ok... no kemen.. tak nak tulis lebih222..

Bukankah itu suatu isu yang sangat menarik? apatah lagi ianya berkaitan dengan "tiga"!!!.. hahahaha.. ini sekaligus menjadikan idea aku membuak2 sehingga termuntah.. dah mop pun terlimpah2 lagi.. wakakaka..... jadi di kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari.. eh.. salah... aku pun gunakanlah kesempatan ini untuk mengadaptasikan senario ini kepada sebuah koreografi. asalnya aku nak ianya dipersembahkan secara serius,.. namun... penari2 aku tu memang Raja Lawak Astro..asyik main je.. jadi lawak da keje aku.. tapi itu lebih menarik.. inilah yang dinamakan proses. aku gunakan elemen trio dan solo sahaja.. kemudian terpanggil pula untuk menggunakan prop.. yang ironinya aku nak guna kerusi, sekaligus kerusi pun dah tergambar sebagai perebutan kerusi.. hahaha... lagi mudah kerja aku melalui proses berkarya...

Namun.. karya yang akan dipentaskan untuk Step Up kali ni sebanyak 18 karya, jadi, kami terpaksa bersaing sewaktu preview untuk menentukan karya siapa yang akan dipentaskan di Panggung Eksperimen dan Kotak Hitam..haha (Black Box). memandangkan aku terlalu cerewet dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan mementingkan content dan context, maka aku terlepas membuat preview, sekaligus karya aku di kategorikan sebagai TL.. lantas dicampak ke Kotak Hitam.. hahahaha... padan muka kau... tak lah... gurau je... namun Salasata bukanlah sebuah karya yang mementingkan teknik dan memerlukan penari yang kuat, berstamina dan mempunyai emosi dan feel yang bagus, sehingga boleh diangkat sebagai karya PeTA bagi performer. sebab tujuan Step Up ini pun nak menunjukkan "karya pelajar" nyatanya pengisian adalah lebih penting, baru dapat diukur tahap pemikiran koreografer tersebut..

Friday, September 18, 2009

Wal-A'shr




Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta menasihati kepada kebenaran dan kesabaran

Engino Tekniko


Tuhan mencipta manusia, manusia mencipta jentera, semua jentera patuh arahan manusia, namun tidak semua manusia patuh arahan Tuhan, "Ini tidak adil" kata jentera kepada manusia...........


Engino tekniko adalah sebuah karya koreografi aku yang ketiga selepas "The Curse" (tidak dipentaskan, cuma dipersembahkan sewaktu exam komposisi 2 Diploma Tari ASK) dan Zapin Satelit (dekonstruksi Zapin). sebenarnya idea untuk membuat karya ini timbul selepas aku mendengar lagu bonus track dalam album ke-4 Ning Baizura, Ke Sayup Bintang, tajuknya My Journey. lagu ni cuma ada dalam cd je, album ni dipasarkan pada tahun 1997, waktu tu zaman sekolah tak mampu nak beli cd, lagipun kaset adalah lebih popular waktu tu. jadi aku cuma berjaya memiliki cd tersebut sekitar tahun 2004, itupun masih dijual dengan harga lama iaitu RM49.90. sekarang cd dah banyak murah dah. tapi minat punya pasal dengan Ning, beli juga la. sebenarnya nak dengar sangat lagu My Journey tu, berbaloi tak dengan RM49.90??
jawapannya.. tepuk dada tanya selera.. hahaha...

Jadi dengar punya dengar lagu yang berdurasi 6 minit lebih tu aku pun terfikir, apalah yang aku nak dengar sangat lagu ni? Ning tak nyanyi pun.. hei ya hei ya memanjang.. tapi yang menariknya, dalam kepala otak ni dok terfikir2 koreografi untuk lagu ni.. kalau la aku nak buat tarian, bentuk yang macam mana yang aku nak buat. sebab aku suka buat koreografi berdasarkan lirik.. kalau hei ya hei ya, gerak yang macam mana nak buat? huhuu.. tiba2 aku teringat tajuk lagu ni, My Journey... perjalanan apa yang aku nak gambarkan? teringat pulak la pada piece Mak Yong.. bukan Mama As.. hahah.. piece Mak Yong waktu Stepping Out KL August Festival 2005, Journey.. ish.. tak kan la aku nak tiru kerja orang lain.. lagipun memang tak kena pun dengan lagu ni.. kemudian aku dengar betul2 lagu ni. hayati omar lagu ni.. (maklumlah.. baru2 berjinak dalam koreografi kontemporari).. kemudian aku terbayangkan zaman kt politeknik, belajar pasal convayer. aku ni amik kejuruteraan mekanikal pengkhususan pembungkusan, jadi convayer ni ala2 alat macam landasan kepada produk untuk bergerak. kalau kat kilang, produk2 digerakkan oleh convayer untuk pergi dari satu mesin ke satu mesin yang lain. jadi, lagu My Journey nyanyian dan komposisi Ning Baizura ni memberi gambaran atau bayangan kepada industri pengeluaran. senang cerita, perjalanan sesuatu produk di dalam kilang.. fuh..... punya la panjang lebar nak menghurai.. tapi dalam lagu ni banyak frasa yang berbeza dengan dinamik dan energy yang bertukar. So aku pun tulis kat atas kertas, struktur lagu tersebut. antara yang aku tulis adalah robot bekerja, robot marah, mesin rosak, kena kejutan elektrik, kena marah... banyak la.. nampak mengarut sangat, tapi ni dipanggil proses, dan ianya banyak membantu. jadi aku pun dapat la sebuah cerita berdasarkan mood lagu tu. tapi aku tak nak terlalu bergantung pada lagu, takut jadi terbatas pulak koreografi aku nanti. jadi aku amik keputusan untuk buat satu cerita dan fikirkan kesudahan yang menarik atau teladan.. (hahaha... dakwah gitu.. wakaka..). sebab gambaran piece ini atas pentas aku dah bayangkan macam mana, siap dengan lighting dan kostum juga.. dah ada gambaran, permulaan juga ada gambaran cuma tengah dan akhir je yang ala2 tak beberapa nak pasti. so simpan je dulu idea ni. sebenarnya ni idea waktu tahun satu diploma dulu tau..

Kemudian waktu awal tahun, tahun 3 diploma, ada satu show, yang mana bertempat di dataran apa namanya entah, dekat JB. mereka nak tengok persembahan tarian kontemporari. persembahan tu juga dipanggil Stepping Out. apa lagi, ni lah masanya aku nak pentaskan karya ni. tapi latihan tak beberapa cukup sebab masalah kekurangan penari dan studio waktu tu (sama je dengan sekarang). jadi aku tak punya cukup rehearsal untuk pentaskan karya ni. tapi aku gagah juga nak buat. nak dijadikan cerita, dah sampai JB konon2 nak buat latihan la, tapi perut aku buat hal pulak, tapi ni betul2 punya sakit.. sampai aku tertonggeng2, sakit sangat sampai tak boleh berdiri. jadi alamatnya piece ini tak dapatlah nak dipentaskan.. huhuhh... tak ada rezeki...
namun...

Aku nekad nak buat juga karya ini. dengan berbekalkan semangat penangguhan itu aku pun mula kan sesi latihan seawal jam 7 pagi, aku datang jam 7, aku buat sendiri, improvise, cari gerak dan macam2, jam 8 barulah penari aku datang, so kerja dengan penari. penari aku waktu tu Adiex Nazri, Anas Petronas, Sean Effort, Boy Faillul dan penampilan khas, Suwandi Paiman.. akhirnya pada tanggal 6-8 Disember 2006, Engino Tekniko telah berjaya dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA.. InsyaAllah videonya aku akan upload khas buat tatapan peminat aku di luar sana... terima kasih kerana sentiasa menyokong My Journey sebagai anak seni......hahahahahahaNA.....

Bismillah

BATCH DIVA
RAKON, THUMBDRIVE, CULANGKIT, MAK TUPI, CULANGDO, SHARPENON
TUPI, TALDUMU, MAHSYUK, TUTUT, KIBOD, KEYPOLOT



GAFERS
LAX - BLACK BODY
SEAN - KEEP IT
MARK YONG - TEMBUSU
JET - ESCAPE !
NANIE - DEELEERIUM-BAHAGIA
ADIEX - SAMURAI
MAI - WAL-A'SHR

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh... salam untuk semua. aku tak pasti kenapa aku nak buat blog juga?.. mungkin sebab dah ramai orang ada blog masing2.. tadi aku baru saja lepas lepak bersahur dengan lex dan fairuz. tiba2 lex buka topik pasal blog, dia suruhlah lawat blog dia tu, ababilaswad namanya.. gitulah lakshman yang ku kenali. aku pun tertanya, kenapa kau buat blog? sebab aku pun pernah nak buat blog dari dulu lagi tapi tak tau sebab apa. sebenarnya ada sebab, aku nak buat sebab kalau orang minta aku show, nak tengok itulah, nak tengok ini lah.. kan senang kalau ada blog.. haaa amik kau.. tengok je kat blog aku kan senang.. memula tu plan nak wat formal2 tapi nanti lama2 leceh pulak.. ikut suka kau la akmal nak wat macam mana pun.. tapi yang penting aku nak masukkan banyak gambar2 show, kostum2 aku, ngna video2 tari yang aku terlibat atau aku koreograf, mudah2an senang la orang nak tengok dan mendalami aku.. hahhaha.. ye tak?