Thursday, January 3, 2013

Al-Fatihah buat arwah Hafiz Untong @ Bayu

Assalamualaikum wbt,

Aku bukanlah sahabat baik arwah, tetapi semenjak dia sering diperlekehkan sewaktu mengharungi PeTA Diploma 2009, aku anggap dia adalah tergolong dalam golongan TL (Tidak Layak), dalam erti kata lain bukan favourite. Maka setiap kali ada carma, aku akan panggil dia untuk menari, sehinggakan aku meletakkan kepercayaan kepadanya untuk menjadi pembantu koreografer di dalam Teater Muzikal Sirah Junjungan 2.

Sejak daripada itu "jenis" perhubungan kami adalah sebagai kawan kerjaya. Rapat kami bukanlah seperti sahabat baik yang boleh diajak karaoke, menonton wayang dan lepak sehingga subuh, tetapi keakraban kami adalah kepercayaan kami sesama sendiri terutama sekali dalam mengendalikan tugas-tugas serta tawaran kontrak kerja. Dari idea, sinopsis, kertas kerja, sebut harga, carta aliran serta akaun bagi sesebuah job besar adalah tiada rahsia antara kami kerana kepercayaan kami sesama sendiri.

Tak ringan pula mulutnya mengata serta memburukkan, namun tiada sekelumit benci atau curiga terhadap dirinya daripadaku. Ringan tulangnya membantu aku, begitu sebaliknya.

Bayu, dari dalam hati aku dengan segunung keikhlasan, selautan kejujuran aku utuskan secakerawala kasih sayang aku beserta Fatihah dan keampunan buat kau di sana. Semoga kau tenang di sana bersama mereka yang beriman. Ku halalkan segala pemberian ku dan aku mohon sebegitu juga daripada mu.

Al Fatihah

2 comments:

  1. assalam,

    rasanya tak baik anda berdendam.walaupon tak mendalam tadi mengikut penulisan ada bait kata2 yang terasa.mungkin anda ada terasa.tapi ketahuilah diri kita juga bukanlah maksum yang tak pernah lari dari buat salah.tak pernah buat orang lain terasa.mohon sedara sesama islam, lepas kan 'rasa' itu pergi dengan ikhlas.slagi ada kata2 di paparkan,selagi itu menggambarkan hati anda yang sedikit terluka.semoga sedara faham..kita jua pernah melakukan kesalahan,dan kita jua akan pergi buat selama-lamanya.tapi tidak pula kita mengharapkan keburukan kita walaupon sekelumit kuman di paparkan di blog sebegini, nauzubillah.hormati yang dah pergi.sebagaimana kita mengharapkan orang lain menghormati kita kelak.

    -saudara seIslam-

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Terima kasih di atas teguran saudara/saudari. Jika dibaca semula apa yang telah dirakam di entri kali ini bukanlah mengutuk atau menyimpan dendam terhadap arwah, sebaliknya memuji arwah walaupun hayatnya bersama saya mengharungi pelbagai tohmahan di dalam ruang kerja kami. Saya amat mrnghormati arwah, amat menyayanginya malah amat sedih akan kehilangannya walaupun saya bukanlah teman yang sangat akrab dengannya. Segala kebaikan daripada Allah, keburukan daripada saya. Al-Fatihah buat arwah Bayu.

    ReplyDelete