Sunday, October 4, 2009

My Name Is Nadra Not Bertha...



Satu hari tatkala sibuk mengemas bilik, aku terjumpa keratan akhbar yang aku simpan, malangnya tiada tarikh yang tercatat, sebab aku potong keratan tu.. ianya sebuah kisah tragis yang pernah berlaku di tanah air kita sekitar tahun 50-an. konflik bangsa dan agama yang sangat kontroversi pada waktu itu mencetuskan fenomena dalam menuju ke arah pembentukan sebuah negara yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama sebagai rakyatnya. kisah Nadra sangatlah tragis sehingga aku yang tidak hidup di zaman itupun dapat merasakan geramnya.. sakitnya hati ini kepada pihak yang tak bertanggungjawab itu. sebenarnya aku tak nak kupas banyak sangat pasal kisah Nadra ini, cuma apa yang aku nak tulis ni adalah tentang karya aku yang ada kena mengena dengan kisah ini.. dulu sewaktu aku tingkatan dua, dalam tahun 1997, aku pernah terbaca sebuah buku tentang konflik ini bertajuk Tagedi Nadra yang ditulis oleh Haja Maideen..
Buku ini adalah antara buku yang paling aku minati. di zaman aku bersekolah dulu aku bukanlah seorang yang minat membaca, namun kisah Nadra ini umpama magnet menarik minat aku untuk menyelami kisah yang muncul tatkala aku belum dilahirkan. Namun di sini aku bukan nak cderita sangat tentang Nadra, seperti yang telah aku nyatakan sejak awal tadi. Sebaliknya aku nak bercerita tentang keinginan aku mengadaptasikan kisah ini ke sebuah karya tari kontemporari. Seperti sedia maklum, aku memang gemar membuat koreografi naratif yang lebih2 lagi menyentuh isu politik. Jadi, konflik ini seolah2 memanggil aku untuk berkarya. Telah aku usulkan hasrat ini kepada beberapa individu sebagai rujukan dan bertanyakan pendapat. Salah seorangnya ialah Encik Joseph Gonzales, Dekan Fakulti Tari ASWARA. Khabarnya dulu pernah juga ada pihak yang ingin mementaskan kisah ini ke bentuk persembahan teater, namun tidak sempat dilaksanakan. Aku kurang ingat bila dan siapa yang terlibat. Namun mementaskan sebuah kisah ke bentuk pementasan teater adalah sesuatu yang agak mudah kerana isi dapat disampaikan melalui pelbagai bentuk seperti pengucapan dan perlakuan apatah lagi ianya berbentuk realisme. Jika suatu kisah atau cerita hendak disampaikan hanya dalam bentuk gerak tari atau bahasa tubuh, tanpa menarikannya dalam bentuk yang sangat literal, ditambah pula dengan menggunakan pendekatan serta tatabahasa gerak kontemporari, ianya adalah sesuatu yang sangat sulit.



Sebenarnya banyak kali aku menangguhkan hasrat untuk "mentarikan" Nadra, sejak Gelombang Baru, Stepping Out dan kini PeTA. Aku masih belum mampu untuk tujuan itu. Eirma Fatima pernah mementaskan sebuah teater berjudul Natrah yang diterajui oleh Maya Karin dan Sofea Jane.

Namun ini juga adalah pementasan teater. Cabaran aku adalah aku perlu jadi pelopor kepada Penglipurlara Tari, adakah aku sudah bersedia? Banyak perkara yang perlu aku lalui dalam menghasilkan "My Name Is Nadra, Not Bertha". Cuma proses ini belum menampakkan bibit2 keberjayaan lagi. Tambahan pula aku membayangkan karya aku kali ini ditarikan secara solo. Dalam fikiran aku aku terbayangkan Nik Nurazlina yang akan menarikan Nadra. Mungkin kerana fizikal dan rupa dia yang menjadi tonggak utama pemilihan dia..

Tapi bila berbincang dengan Sir Joseph pula dia mencadangkan Suhaili Micheline pula. Mungkin kerana dia sememangnya seorang penari yang bagus secara teknikal, emosi dan sebagainya. Cuma aku meletakkan Nadra sebagai "wanita tradisi". Apa, aku meragui kemampuan Suhaili?



Bukan salah pemilihan penari, salahkan diri sendiri serta koreografi..... sang penciptari.....


1 comment: