Sunday, September 27, 2009

Atlas


Beban...... Besar...... Berat...... Bebas......

Atlas merupakan hasil koreografi solo aku yang pertama. sebenarnya karya ini dihasilkan sebagai memenuhi kriteria menduduki peperiksaan subjek Komposisi 1 Ijazah Senitari. sebenarnya subjek ni kami ambil waktu semester 2 sebab pra syarat mengambil subjek ini adalah mesti mengambil subjek Improvisasi 1 dan 2. tapi aku dah transfer subjek ni awal. so walaupun baru sem 2 kami dah boleh ambil subjek ni.

Komposisi 1 tiada kelas langsung semester tersebut, tapi Sir Joseph (pensyarah subjek tersebut) akan buat beberapa kali perjumpaan untuk membincangkan beberapa perkara dan permasalahan sepanjang proses komposisi tersebut. terdahulu, kami dah diberi tugasan iaitu menghasilkan sebuah koreografi solo selama tidak kurang daripada 15 minit. dari satu sudut, bunyinya agak mudah namun ada juga kesukarannya sebenarnya. yelah, bayangkan bagaimana hendak bermain dengan teknik koreografi dan beberapa elemen lain melalui persembahan solo? pastinya tiada duet mahupun trio, ragam unison mahupun canon, scramble, reverse, repeatation dan alternate. cuma level, speed dan energy quality yang mungkin boleh dimainkan supaya nampak lebih dinamik. tapi bagi memenuhi durasi masa lebih 15 minit tu sebenarnya tak menjadi masalah besar. bak kata Sir pun, jalan saja dah 10 minit, fokus la konon.. hahah.. betul gak. tapi semua tu memerlukan kebijaksanaan dalam menggarap elemen koreografi agar lebih segar dan tidak membosankan, apatah lagi menonton persembahan solo. asalnya aku memang tak fikirkan apa2 langsung sejurus selepas tugasan ini diberi. biasa la aku memang suka buat kerja last minute. tapi adakalanya kepala ni tak berhenti berputar memikirkan sesuatu yang menarik. aku kalau boleh nak cuba sesuatu yang baru. maklumlah, aku baru saja selesa membuat koreografi trio, tiba2 dicabar membuat koreografi solo, mesti lebih 15 minit pulak tu.. hurm... apa pula yang aku nak sampaikan untuk kali ini?

Aku tak mulakan proses ini awal, namun semakin hari aku tercabar dengan asakan latihan Fairuz yang diadakan setiap hari jam 1 bermula seawal tugasan ini diberi. berkecamuk juga fikiran memikirkannya, namun yang melunturkan sedikit semangat aku adalah apabila aku tak nampak langsung kawan2 lain berlatih dan memulakan sesi koreografi seperti Hana (Fairuz). tapi secara jujur ini memberi ilham kepada aku untuk terus berfikir demi mencari idea yang baru. aku dapat bayangkan betapa terhadnya fikiran aku kalau aku buat komposisi solo semata2, ada baiknya aku cari satu tema atau konsep atau "sesuatu" yang boleh membimbing aku. lantaran itu aku putuskan untuk menggunakan satu prop yang mana ku boleh gunakan ia sebagai prop atau set atau sesuatu yang boleh diberi tindakan dan membalas tindakan. ini sekaligus menjadikan aku benar2 berada di atas landasan naratif aku. jadi setelah agak lama memerah minda, tercetuslah idea menggunakan exercise ball sebagai prop kerana bola ini boleh diangkat, dicampak, dilantun dan diperapakan. namun cabaran seterusnya ialah mencari tema atau konsep yang sangat relatif dengan penggunaan bola ini. lalu aku teringat kelas Anatomi dan Kinesiologi, yang mana aku pernah terdengar Dr. Dhanya Thurairajah kata nama tulang paling atas di antara deretan tulang belakang kita ialah Atlas, kerana tulang ini menampung berat kepala kita yang bulat bersempena mitos Greek yang mana Atlas adalah Tuhan yang menampung berat bumi.. Nah.. tersentak lamunan aku lantas terus menulis di atas sebuah kertas, apa yang berlegar dalam fikiran aku tadi. apa lagi, akupun mula mengGoogle kat internet segala maklumat yang boleh aku perolehi berkaitan Atlas. banyak juga maklumat yang dapat dikumpul daripada proses pencarian itu. lantas aku membuat kesimpulan dan mengeluarkan beberapa kata adjektif daripada kisah tersebut. antaranya yang terdapat dalam sinopsisnya. kemudian aku bahagikan ia kepada beberapa seksyen. seksyen pertama, bola memberi beban kepada penari, seksyen kedua bola diberi beban, seksyen ketiga menari dalam ruang luar bulatan tanpa memberi sentuhan dan yang terakhir gunakan sifat bola iaitu memberi tekanan dan melantunkannya. setiap seksyen tersebut aku tambahkan emosi serta perkaitan dengan kisah mitos Atlas. namun proses ini bukan mudah, apatah lagi aku menggunakan Yunus Aliallah sebagai penari aku. dia sendiri rasa tertekan setiap kali latihan aku, bukan sebab aku memberi tekanan, sebaliknya sifat bola itu yang mudah bergerak sendiri kerana lantai yang tidak rata antara penyebab tertekannya sang penari.. hahaha.. namun tekanan inilah yang menjadi emosi sebenar yang patutnya dipertonjolkan... namun pemilihan Yus sebagai penari aku adalah disebabkan kefleksibelitiannya kerana aku banyak menggunakan elemen tersebut dalam karya ini, namun dia bukan seperti apa yang aku mahukan sangat, kerana dari segi pengaliran cara gerak aku bukanlah kebiasaan bagi badannya, mungkin kerana tempoh latihan yang tidak cukup menyebabkan dia kelihatan sedikit kurang, namun sebenarnya dia adalah pilihan terbaik daripada yang ada, dan kerana dia jugalah aku dapat memudahkan kehendak dan proses pengkaryaan aku ini.. thanks Yunus@Atlas... ada je urusan ko kan???

No comments:

Post a Comment