Friday, October 22, 2010

what matters most is how you see yourself


Assalamualaikum wbt,

Aku hormat dia sebagai pensyarah aku, tapi kalau dia sendiri tak hormat aku sebagai pelajar dia mahupun penggiat seni, apa yang perlu aku lakukan? Sedang aku sibuk dan tertekan mengharungi perjalanan getir ke destinasi PeTA, seharusnya dia sebagai pensyarah memberi nasihat mahupun semangat, bukannya menghina dan mencaci aku di hadapan orang lain. Apa yang dia lakukan ini menunjukkan ketidakprofesionalan dia. Malahan cemuhan tersebut bukan sahaja terhadap aku bahkan juga terhadap rakan seperjuangan aku. Kiranya dia mengkriktik aku kerana karya aku, aku masih boleh terima, walaupun aku tak pernah suka karya dia dan dia pun bukanlah seorang koreografer mahupun pensyarah atau cikgu yang bagus. Tetapi dia mengkritik aku seadanya. Walhal di depan aku, pijak semut pun tak mati.

Dengarlah sini wahai Wong Kit Yes, janganlah menghina orang lain sebagaimana yang kau sering lakukan, cermin diri kau dulu sebelum mencerca orang lain. Kita semua manusia, berak sama busuk, mati sama busuk. Tak kira apa bangsa kita, apa agama kita. Yang membezakan kita hanyalah ilmu dan amalan kita, namun kiranya kau punyai ilmu namun cara kau amalkannya ke jalan yang tidak betul, tiada istimewanya kau. Paling menyedihkan apabila kau merasakan kau berilmu dan kau mengamalkannya sebaik mungkin. Sedarlah diri sebelum terlewat, walaupun usia kau sudah senja, namun belum menjengah ke malam lagi. Janganlah bangga dengan sebelah mata kau sekiranya yang lain buta...

2 comments:

  1. marah gila nampak.. hayooo siap mention nama lagi tu.. kalah kak maria..:P

    ReplyDelete
  2. suka paragraph kedua. Tidak salah to lay low, siapa la pun kita ni, hebat mana kita, ada yang lagi hebat dari kta. Selalulah cermin diri sendiri sebelum nak kata apa2 pasal org lain, silap2, cermin tu datang dan pose2 depan kita.. ouch! REFLECTION! hahaha! :)

    ReplyDelete