Tuesday, January 11, 2011

Keputusan PeTA: Inikah Yang Dinanti?

Assalamualaikum wbt,

Setelah enam tahun melalui laluan getir ini, akhirnya tiba aku di garisan penamat. Jika pelari pecut merangkul emas kerana menjadi yang pertama menjejak garisan, namun adakah semua bakal graduan tari ini juga bakal menggenggam emas dek kerana sama-sama mencecah tahap ini dengan gelaran graduan pertama ijazah ASWARA? atau adakah ukurannya terletak pada produk yang dihasilkan? Atau masa depannya dan sumbangannya yang bakal dicurahkan kepada industri seni budaya bangsa dan negara?

Dimudahkan cerita, aku ingin berkongsi kisah hari ini yang mana keputusan Penilaian Tahun Akhir (PeTA) serta keputusan peperiksaan akhir semester telah tercetak secara rasmi. Hanya senyum tawar yang mampu terbentuk di wajahku. Lebih menjengkelkan kerana aku juga mengetahui keputusan orang lain bersaksikan sepasang mataku. Bukan isu apa yang ingin aku perdebatkan, cuma aku tertanya-tanya bagaimana sesuatu karya seni diberi penilaian?

A : Kerana kualiti persembahannya serta materialnya
B : Kerana mesej karyanya serta pemikirannya
C : Kerana sikap dan disiplin pengkarya
D : Kerana latar belakangnya serta keluarganya
E : Kerana beliau diminati atau digilai oleh penilai
F : Kerana namanya yang sudah tersohor
G : (Nyatakanlah jika anda ingin nyatakan)

Tak kisahlah apa jua keputusannya. Yang penting aku tahu apa yang aku lakukan, tanyalah setiap inci apa yang aku lakukan, pastinya aku tahu apa yang aku lakukan tidaklah aku diam membisu tatkala ditanya apa itu site specific lantas diberi markah tertinggi. Sekurang-kurangnya penilai luar nampak kelebihan aku. Apa yang dapat aku simpulkan adalah:

Penilai luar menilai PRESTASI,
Penilai dalam menilai SIKAP,

Penilai luar menilai POTENSI,
Penilai dalam menilai LATARBELAKANG,

Penilai luar NAMPAK CARA BERFIKIR,
Penilai dalam NAMPAK CARA MENJATUHKAN.

Penilai luar PILIH YANG CEMERLANG,
Penilai dalam PILIH KASIH DAN PILIH BULU.

Bermainlah dengan politik anda. Anak yang kalian suap itu akan lumpuh tatkala kalian tiada kelak, ingatlah kata-kataku ini. Sebelum berakhir, ingin aku minta sesuatu, bolehkah kalian senaraikan 5 orang sahaja penari serta koreografer kontemporari yang bertahan di dalam industri ini sebagai penari dan koreografer kontemporari sepenuh masa tanpa membuat kerja sambilan serta bukan datang dari keluarga senang dan tiada ahli keluarganya yang terlibat di dalam bidang tersebut dan hidupnya bahagia serta kaya?

Siapa ya? Maaf, 3 orang pun sudah memadai untuk kalian senaraikan. (Tidak termasuk yang mendapat gaji bulanan sebagai pensyarah kerana kerjaya mereka adalah pensyarah, bukan penari ataupun koreografer sepenuh masa).

Walaubagaimanapun Alhamdulillah aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai syarikat aku sendiri yang sudah 5 tahun beroperasi secara rasmi.

KAU ADA? NAN HADO!!

Sekian, Wassalam.

3 comments:

  1. Apa yang dinyatakan sini sejelas kristal. Kejelasan ini mencetuskan idea untuk berkarya. Insyaallah, kalau umur panjang akan aku war-warkan persembahan yang diterbitkan dari idea ini. Congrat qammal.......

    ReplyDelete
  2. Akmal... Tahniah atas apa yg ko ade dan ape yang ko dapat.. Aku bangga dengan ko.. Walaupun ko dibenci di ASWARA tp org nmpk kelebihan ko dan ko sgt laku di luar aswara dan dalam industri... Keputusan "A" tidak memberi apa2 makna kalau org tu hnya nmpk pandai diluar tp sebenarnya di dalam diri BODOH!!!! aku sokong karier ko...

    ReplyDelete